Khamis, 30 Mei 2013

Ciri-Ciri Bengal

CIRI-CIRI BENGAL
  
Bengal terkenal dan dikenali melalui bulunya yang pendek dan corak bulu yang unik. Bengal terdiri daripada dua corak bulu, iaitu berbintik-bintik/bertompok-tompok(spotted) dan berbentuk seperti corak batu marmar(marbles). Corak berbintik-bintik(spotted) adalah seperti gambar dibawah:-

Spotted Bengal


                                    Manakala bercorak marmar(marbles) adalah seperti dibawah:-


marble Bengal
marble Bengal

 

Brown (Black) Spotted
Bengal berbeza berbanding kucing lain dari rupa paras, bentuk fizikal, bulu yang berkilauan emas dan corak bulu yang serupa dengan kucing -kucing liar seperti Jaguar. Bengal mempunyai muka yang bulat (rounded) mata yang besar dan bulat serta telinga yang besar, bulat dan tidak begitu panjang. Garisan-garisan corak bulu di bahagian muka dan misai melambangkan ciri 'wild' yang dikagumi oleh peminatnya. Bengal mempunyai pelbagai warna namun hanya beberapa warna sahaja diterima oleh TICA. Ada beberapa warna yang diterima TICA iaitu:- "Brown Tabby, Seal Sepia Tabby,Seal Mink Tabby, Seal Lynx Point, Black Silver Tabby, Seal Silver Sepia Tabby, Seal Silver Mink Tabby, Seal Silver Lynx Point. Spotted or Marbled Patterns ONLY".    
                                                          
NOTA: Semenjak kebelakangan ini permintaan kucing Bengal adalah tinggi. Disebabkan permintaan yang tinggi, hari ini banyak pembiak-pembiak kucing yang hanya mementingkan keuntungan wang ringgit tanpa menghiraukan nilai dan keaslian sebenar kucing-kucing peliharaan. Maka terlahirlah kucing yang dinamakan kucing "LOOK ALIKE". Dalam kes Bengal ini ialah 'LOOK ALIKE BENGAL' yang sebenarnya ia bukanlah Bengal. Kucing 'LOOK ALIKE' kini semakin luas di pasaran. Kucing 'LOOK ALIKE' mendapat sambutan adalah kerana harganya yang murah, kurangnya ilmu para pembeli dan peminat kucing terhadap sesuatu spesis kucing yang ingin dimilikinya. Disini ingin teman mengingatkan kepada para-para peminat Bengal, pastikan Bengal yang anda beli mempunyai ciri-ciri Bengal sebenar dan pastikan Bengal yang di beli ada sijil pedigree dan pendaftaran yang dikeluarkan oleh oraganisasi yang diiktiraf seperti contohnya ada sijil pendaftaran dibawah TICA. Bukanlah hanya sekadar memiliki kucing yang bulunya bercorak "spotted" sudah memadai untuk kita namakannya sebagai Bengal. Sebagai contoh, ada beberapa kucing baka lain yang mempunyai corak 'spotted' seperti OCICAT dan EGYPTIAN MAU.  Sekali lagi diingatkan berhati-hati dan berjaga-jaga dengan kucing 'LOOK ALIKE'.

Bengal adalah kucing bersaiz sederhana besar dan besar. Beratnya purata lebih kurang 6-15lb. Kucing jantannya lebih besar daripada kucing betina. Bengal yang sihat mempunyai otot-otot kaki yang cukup tegap dan nampak seperti atlit yang bersiap sedia untuk berjuang. Secara umumnya Bengal adalah sangat yakin diri(confident), sifat ingin tahu yang tinggi dan manja kepada manusia. Bengal juga boleh berdikari dan bercampur dengan haiwan-haiwan peliharaan lain sekiranya dilatih. Setiap Bengal mempunyai karektor dan personaliti tersendiri, jadi kenali lah sedalam-dalamnya sifatnya sebelum untuk menambah seekor lagi dirumah. Pemilik Bengal yang asli akan dapat kepuasan yang tidak dapat oleh pemilik kucing yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan